Sekapur Sireh


Perniagaan jaringan atau pelbagai tingkat adalah salah satu perniagaan yang telah banyak menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. Oleh sebab itu, Dunia Herbs Holding dengan penuh bersemangat waja telah menyalurkan sejumlah modal melalui syarikat jualan langsungnya Bumidotcom Sdn. Bhd. (BDC) untuk membangunkan infrastruktur lengkap bagi membolehkan para usahawan berkecimpung dalam industri yang tiada had dan sempadan ini.

Syarikat milik penuh bumiputera ini telah pun melangkaui era MLM dengan penciptaan satu konsep pelan pemasaran baru yang mengadaptasikan pendapatan yang berterusan yang lebih lumayan dari pelan binari. Justeru, dengan hasrat pengasasnya yang ingin melihat generasi akan datang menjadi generasi berinspirasi bakal menjadi kenyataan dengan penganjuran pelbagai program. Dengan berpandukan slogan “Generasi Berinspirasi”, pastinya segala kemungkinan dan rancangan akan menjadi kenyataan.

Menyahut seruan kerajaan menjadikan perniagaan MLM sebagai satu punca bagi memastikan setiap isi keluarga di Malaysia menperoleh pendapatan yang tinggi, BDC telah membina satu sistem pemasaran yang berinovasi dengan memberikan peluang dalam pendapatan mingguan. Ini adalah kerana, kami tahu ramai usahawan menjalankan perniagaan ini secara sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Dengan jumlah pungutan bonus pada setiap minggu, pastinya setiap dari usahawan akan berpeluang mengaut seberapa jumlah bonus yang mereka inginkan.

Tepuk dada tanya selera, jika ada kemahuan di situ ada jalan dan jalan pasti ada, mesti ada cara kata-kata hikmat yang tidak lekang dari ungkapan dalam sesebuah institusi keusahawanan. Yang pasti, anda harus tanya kepada diri sendiri, sejauh mana langkah yang ingin anda bawa dan kemana hala tujunya.

Anggaplah ahli keluarga besar BDC sebagai salah satu anggota keluarga anda. Jadikan BDC sebagai satu platform untuk mencapai segala impian hidup anda. Anda pasti hebat dengan BDC.