Info & Syarat-syarat Stokis

(Syarat Stokis Untuk Di Pelan Global Sahaja)

Syarikat BDC mempunyai 2 kategori stokis, iaitu Stokis Utama dan Stokis Mobil. Komisen stokis bagi Stokis Utama 15%, manakala Stokis Mobil 5%. Komisen akan dibayar berdasarkan pada jualan yang didaftarkan (PV) pada setiap bulan. Hanya pengedar yang telah mempunyai jaringan sekurang-kurangnya 10 pengedar bawahan boleh dipertimbangkan untuk menjadi stokis BDC.


Syarat-syarat.


1. Stokis Utama :-

  • Pangkat Gold keatas
  • Memiliki premis perniagaan
  • Membeli produk daripada Syarikat
  • Komisen 15%, berdasarkan pada PV
  • Belian stok ulangan RM3,000 keatas
  • Memiliki stok sekurang-kurangnya sebanyak RM20,000 setiap bulan
  • Modal permulaan sebanyak minima RM60,000 (SM RM25,000/SS RM28,624 = Produk + RM35,000 = Ubahsuai)

2. Stokis Mobil :-

  • Pangkat Executive keatas
  • Belian stok ulangan RM500 keatas
  • Komisen 5%, berdasarkan pada PV
  • Membeli produk daripada Stokis Utama atau Syarikat
  • Bebas bergerak dengan produk yang dibeli, sebagai stok pusingan
  • Memiliki stok sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000 setiap bulan


Kriteria Stokis Utama


1. Mempunyai premis perniagaan.
2. Memerlukan stok minimum RM20,000.
3. Komisen 15%, berdasarkan pada PV.
4. Mengikuti latihan stokis selama 2 hari.
5. Lokasi ditetapkan oleh pihak syarikat.
6. Pembelian ulangan sebanyak RM3,000 bagi setiap bil.
7. Mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan :-

  • Mempunyai ruang/bilik seminar
  • Kemudahan internet dan komunikasi
  • Kemudahan pentadbiran dan promosi
  • Kemudahan stor penyimpanan barang
  • Susun atur premis ditetapkan oleh Syarikat


Gambarajah 3D Spesifikasi Bagi Stokis Utama