Barisan Pentadbiran

Pengerusi/Pengasas (Chairman)

Encik Rushdi Bin Abdullah
Pengasas syarikat Dunia Herbs Holding Sdn. Bhd. dan juga Bumidotcom Sdn. Bhd. Pengalaman beliau selama 20 tahun telah berjaya membawa sebuah syarikat yang dahulunya hanya menumpukan pasaran tempatan kini telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beliau ingin melihat syarikat Bumidotcom sebagai sebuah syarikat Bumiputera yang setanding dengan syarikat lain.
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)

Encik Wan Rosdi Bin Wan Jaafar
Dengan pengalaman selama 20 tahun dan pengetahuan yang luas dalam bidang pentadbiran, beliau telah diberi kepercayaan oleh Ahli Lembaga Pengarah untuk menerajui keseluruhan operasi syarikat.
Pengalaman ini juga akan dikongsi bersama untuk memastikan syarikat mencapai matlamat dan objektif yang sebenar.
PENGARAH EKSEKUTIF (ED)

Puan Noraini Bt Abdullah
Memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam penyusunan strategi pemasaran dan pengiklanan. Hubungan yang baik antara beliau dengan pihak media adalah kunci utama dalam menyusun strategi pemasaran syarikat dan telah banyak membantu dalam perkembangan syarikat di pasaran tempatan dan antarabangsa.
PENGURUS PEMASARAN

Muhammad Hisham Bin Hashim
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang latihan dan pemasaran, terutamanya dalam pengurusan perniagaan berangkaian, francais dan pengembangan kerjaya. Beliau telah diberikan kepercayaan untuk merancang strategi pemasaran dan pengembangan pasaran syarikat agar lebih berstrategik dan berdaya maju.